fbpx

Doktor dituduh rakam gambar tidak senonoh pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

NEW DELHI, India – Seorang pakar psikiatri di Noida ditangkap kelmarin kerana didakwa merakam gambar lucah beberapa pesakit wanita semasa pemeriksaan perubatan mereka, lapor portal berita India Today semalam. 

Polis menemui sejumlah gambar tidak senonoh dalam komputer doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr. Gurdeep Singh. Dia ditahan selepas polis menerima aduan daripada keluarga salah seorang gadis terbabit.

Keluarga itu mendakwa suspek merakam gambar ‘tidak sesuai’ anak perempuan mereka semasa dia melakukan rawatan. Suspek juga didakwa cuba memeras ugut mereka menggunakan gambar tidak senonoh tersebut.

Menurut polis, doktor itu selalunya melakukan komunikasi dengan pesakitnya secara online, namun dia kadang-kadang menjemput mereka ke kliniknya untuk melakukan pemeriksaan.

Semasa lawatan itulah, dia didakwa merakamkan gambar lucah mangsa.

Pasukan forensik polis masih memeriksa sistem komputer suspek dan cuba mendapatkan semula data tambahan. 

Polis memfailkan kes terhadap doktor berkenaan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Jenayah Seksual (POCSO). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI