fbpx

Doakan saya dapat lelaki baik, Sophia jawab status putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Sophia Albarakbah enggan mengulas lanjut tentang isu putus cinta bersama kekasihnya dikenali sebagai Mr. Doktor.

KUALA LUMPUR – “Doakan saya dapat lelaki yang baik-baik, itu sahaja.”

Demikian jawapan pelakon Sophia Albarakbah apabila pendekatan selamat saat diasak mengenai status hubungan dengan kekasihnya dikenali sebagai Mr. Doktor yang dikatakan sudah pun terlerai.

“Saya malas nak komen mengenai kehidupan peribadi. Saya okey dan tengah sibuk bekerja untuk filem yang bakal menyusul.

“Kehidupan saya seperti biasa, sama sahaja macam sebelum-sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan bersama Viu Lokal Lah di sini, semalam.

Dalam masa sama, aktres drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu mengakui masih bersahabat baik dengan Mr. Doktor.

“Saya terbuka sahaja, apa-apa pun kami masih kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja,” ujarnya yang sering ditemani teman lelaki itu ke majlis-majlis hiburan sebelum ini.

Buat masa ini, pelakon yang bakal muncul menerusi drama bersiri From Saga With Love itu hanya mahu fokus terhadap karier.

Kisah putus cinta juga tidak mengganggu fokusnya terhadap karier.

Spekulasi patah hati membabitkan aktres berusia 30 itu menjadi bualan apabila dilihat sering memuat naik status hantaran berbaur sedih dalam laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI