fbpx

Adabi perkenal produk baharu, bihun Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mahadzir ketika pelancaran produk baharu Adabi, bihun Aqsa.

RAWANG – Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memperkenalkan satu produk baharu yang dijangka akan berada di pasaran pada bulan November ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Mahadzir Syed Manshor, produk tersebut adalah bihun Rice Vermicelli di bawah jenama Aqsa.

“Adabi sudah sinonim dengan penghasilan produk seperti serbuk, perencah, sup bunjut dan sebagainya. Jadi kali ini kita keluarkan produk bihun Aqsa untuk melengkapkan lagi jenama kami.

“Kami menjaga dan menjamin kualiti produk bihun yang kami keluarkan agar dapat bersaing dengan jenama yang sudah lama berada di pasaran.

“Berkenaan isu saingan dengan jenama-jenama lain, kita pasti pembeli sendiri bijak menilai kualiti produk. Kami yakin kualiti produk yang kami keluarkan adalah yang terbaik setelah pelbagai proses yang kita jalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan program Fun Ride, Run and Zumba 2023 dan pelancaran produk baharu, bihun Aqsa di gudang Adabi, di sini, semalam.

Menurutnya, harga yang ditetapkan untuk produk berkenaan adalah RM3.80 untuk 350 gram (g) dan ia sesuai lagi berpatutan dengan penghasilan produk bihun berkenaan.

“Kita telah jalankan kajian dan pembangunan (R&D) untuk produk bihun Aqsa ini dan mendapati ia adalah bersesuaian dengan kualiti yang dihasilkan.

“Setakat ini, orang ramai boleh membeli produk bihun kami di platform e-dagang rasmi Adabi sahaja kerana kita masih dalam perancangan rundingan dengan pasaran untuk membawa masuk produk terbaru ini.

“Insya-Allah, paling awal keluaran di pasaran adalah pada Oktober. Pada November ini, kita yakin bihun Aqsa sudah ada di pasaran,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI