JAKARTA – Seorang wanita berasa dirinya diperhatikan pada setiap masa berikutan bekas suaminya tinggal bersebelahan dengan rumahnya, lapor laman berita yoursay.id hari ini.
Kisah tersebut diceritakan menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @nurhayati84846.
“Rumah saya terletak bersebelahan dengan rumah bekas suami,” demikian kapsyen video tersebut sambil memaparkan sebuah rumah kedai di sebelah rumahnya.
Mereka hidup berjiran selama 10 tahun, namun wanita itu berasa seolah-olah selalu diperhatikan meskipun sudah lama bercerai.
Alasan wanita tersebut enggan berpindah adalah kerana dia mengusahakan sebuah kedai runcit di lokasi itu yang dikatakan strategik untuk berniaga.
Videonya mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kalau rindu boleh berpura-pura minta garam,” komen seorang netizen.
“Kakak boleh menjeling mata bersama bekas suami,” komen netizen lain. – Agensi