fbpx

Suami isteri bersyukur anak dilahirkan pada tarikh 31 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Rohana (duduk, dua dari kanan) memangku bayi lelakinya yang dilahirkan di Hospital Parit Buntar hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

PARIT BUNTAR – Sepasang suami isteri menzahirkan rasa bersyukur kerana anak ketiga mereka dilahirkan hari ini di Hospital Parit Buntar di sini bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Bayi yang dilahirkan pada pukul 5.09 pagi tersebut merupakan anak ketiga bagi pasangan Mohd. Shanizam Mat Shah, 36, dan Siti Rohana Samsudin, 34.

Siti Rohana berkata, dia dan suaminya berasa amat gembira kerana anaknya itu dilahirkan pada tarikh yang amat bermakna bagi rakyat Malaysia.

“Ini merupakan satu anugerah Allah yang amat istimewa buat kami berdua kerana bukan semua orang diberikan kelebihan mendapat anak yang lahir pada tarikh peristiwa penting dalam negara kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri di Wad Bersalin (Mawar) Hospital Parit Buntar di sini.

Pada masa sama, Siti Rohana berkata, mereka masih belum memutuskan nama bayi tersebut walaupun telah mempunyai beberapa idea mengenainya.

“Mungkin selepas kami keluar wad nanti baharulah nama anak ini diputuskan,” kata kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah di Kerian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI