fbpx

Pesakit dibedah pakar bedah wanita didapati lebih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar bedah wanita cenderung untuk menjalankan pembedahan dengan lebih perlahan. – Getty Images

TORONTO, KANADA – Dua kajian berasingan mendapati pesakit yang dibedah doktor pakar wanita kurang mengalami komplikasi berbanding pesakit yang dibedah oleh pakar bedah lelaki, lapor akhbar The Guardian semalam.

Pasukan doktor di Kanada dan Sweden meneliti  rekod lebih sejuta pesakit daripada dua daftar perubatan berasingan dan mendapati, pesakit yang dirawat doktor wanita mencatatkan hasil pembedahan lebih baik berbanding pakar lelaki.

Dalam penyelidikan tersebut, mereka mendapati pakar bedah wanita cenderung untuk menjalankan pembedahan dengan lebih perlahan dan teliti.

Ini mungkin menjadi punca pembedahan mencapai keputusan lebih baik, malah doktor wanita juga meluangkan lebih masa di dewan bedah.

Kajian itu diketuai oleh Dr. Christopher Wallis dan  dijalankan di Hospital Sinai di Toronto. Pasukan penyelidik meneliti  maklumat komplikasi, kemasukan semula ke hospital dan kadar kematian selepas pembedahan dalam kalangan hampir 1.2 juta pesakit antara 2007 hingga 2019.

Rekod itu termasuk 24 prosedur pembedahan berbeza ke atas jantung, otak, tulang, organ dan saluran darah.

Analisis yang dilaporkan dalam jurnal Jama Surgery itu menunjukkan bahawa 90 hari selepas pembedahan, 13.9 peratus pesakit yang dirawat oleh pakar bedah lelaki mengalami ‘keadaan buruk selepas pembedahan’ berbanding 12.5 peratus pesakit yang dirawat doktor wanita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI