fbpx

MotoGP: Marquez ikrar berikan aksi istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ bersedia untuk memburu lebih banyak mata terutama aksi selepas ini berlangsung di hadapan peminatnya di Catalunya. - AFP

BARCELONA, Sepanyol – Selepas berjaya mengutip mata pertamanya pada musim ini, pelumba Sepanyol, Marc Marquez mengharapkan dia mampu tampil lebih baik menjelang Grand Prix (GP) Catalunya pada hujung minggu ini.

Pada perlumbaan 20 Ogos lalu, Marquez berjaya menamatkan saingan tempat ke-12 di GP Austria sekali gus mengakhiri kemarau tanpa mata dalam tempoh 301 hari selepas kali terakhir meraihnya di GP Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Justeru, juara MotoGP enam kali itu berharap mampu beraksi dengan baik bersama jentera Honda RC213V yang sukar untuk ‘dijinakkan’ sehingga memaksanya menukar gaya tunggangan.

“Kami mempunyai banyak kerja rumah perlu dilakukan, jadi kami perlu mengekalkan pendekatan dengan lebih tenang agar mampu menterjemahkan hasil yang positif pada perlumbaan minggu ini.

“Dalam beberapa perlumbaan terakhir terutama di Austria, kami melihat bahawa cara kerja yang kami bawa sewaktu perlumbaan lalu banyak membantu.

“Jadi, untuk mengumpul data penting bagi projek kami adalah sangat penting. Saya akan cuba yang terbaik agar kami memperoleh jentera yang benar-benar kompetitif.

“Apapun, perlumbaan hujung minggu ini sentiasa menjadi istimewa untuk saya terutama buat peminat. Tanpa mengira matlamat kami, saya mahu memberikan mereka persembahan yang hebat dan menjadikan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan,” kata Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI