fbpx

MJF 2023 cipta sejarah MBOR hasil kek Jalur Gemilang vegetarian terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIRI menerima sijil pengiktirafan daripada wakil MBOR sempena Majestic Johor Festival, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Festival Majestic Johor (MJF) 2023 melakar sejarah Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas berjaya menghasilkan ‘the biggest Jalur Gemilang vegetarian cake’ bersaiz 5 x 9 bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara ke-66.

Master Cef Selebriti Malaysia, Michael Ooi Beng Hock berkata, seramai 16 cef dari beberapa hotel dalam Johor juga Persatuan Juara Juru Masak Malaysia (MCMA) berganding bahu menyiapkan kek dalam tempoh 48 jam.

Katanya, kek vegetarian itu boleh dinikmati semua orang dan diberi secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke festival berkenaan.

“Semua orang boleh makan kerana kek ini kek vegetarian dan kek boleh dipotong menjadi 600 hingga 700 keping untuk diedarkan.

“Pembuatan kek ini menggunakan tepung kira-kira 600 kilogram dan kita tidak pakai telur. Jadi hanya pakai tepung, coklat chip, coklat rice dan air.

“Kek ini jadi berat sedikit kerana biasanya kek akan jadi lembut seperti span kerana adanya telur. Selain itu kita juga gunakan gula icing untuk krim pula kita guna majerin,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, kek berkenaan turut masak di beberapa tempat melibatkan kerjasama rakan-rakan dari hotel di Johor sebelum dibawa ke tapak festival untuk dihias menjadi Jalur Gemilang.

Terdahulu, sesi pemotongan kek tersebut disertai, ADUN Kota Iskandar, Pandak Ahmad, Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim, Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah.

Pada majlis itu turut diadakan majlis penyerahan sijil kepada peserta-peserta terlibat dari wakil MBOR. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI