KUALA LUMPUR – Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki, malah rakaman video mangsa ketika perbuatan terkutuk tersebut turut dilakukan kumpulan tersebut.
Kejadian tersebut menimpa seorang wanita berusia 27 tahun kira-kira pada pukul 3.30 pagi di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Menurut sumber, mangsa ketika itu sedang tidur di dalam biliknya sebelum tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.
“Suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan itu.
“Selepas memperkosa mangsa, mereka terus melarikan diri menyebabkan dia cedera dan lebam di tangan,” katanya.
Trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, suspek sedang dikesan selepas melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.