fbpx

Lelaki OKU terjun sungai ditemukan mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai terapung oleh pasukan bomba pada jarak lima meter dari lokasinya dilaporkan terjun ke sungai di Esplanade Sibu, hari ini.

SIBU – Lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dilaporkan terjun ke sungai di Esplanade Sibu, di sini pada Selasa lalu dijumpai terapung, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat lelaki berusia 22 tahun itu dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga, kira-kira pukul 10.17 pagi tadi.

“Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jarak lima meter dari lokasinya dilaporkan terjun ke sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jeti penumpang Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sibu dan pengesahan mayat dibuat oleh pihak keluarga.

“Identiti mangsa telah disahkan oleh pihak keluarga,” katanya.

Katanya mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis utk tindakan selanjutnya.

Mangsa dilaporkan hilang selepas terjun ke sungai di Esplanade Sibu, kira-kira pukul 5.17 petang Selasa lalu.

Susulan itu, operasi SAR digerakkan melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI