fbpx

Kerajaan Negeri Sembilan sambut baik SOP nadir bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin mengetuai bacaan Rukun Negara pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS), hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan unsur nadir bumi (REE) sekali gus mendapat manfaat daripada hasil mineral tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, garis panduan itu amat disokong dan SOP melombong hasil mineral itu dapat dikeluarkan kerana mempunyai potensi besar.

“Kita menyambut baik memang kerajaan negeri sedang menunggu sebelum kita membenarkan REE di lombong di Negeri Sembilan kerana kita juga mempunyai potensi besar dalam bidang REE ini.

“Saya berharap dengan adanya SOP dan juga bagaimana melombong REE dengan selamat tidak
mengejar satu hasil baru tetapi kita hilang banyak kelebihan pada negeri kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban hari ini.

Pada 28 Ogos lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumrkan garis panduan dan SOP berkaitan REE akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, jawatankuasa berkaitan mineral yang dipengerusikannya di bawah Majlis Mineral Negara akan dipanggil untuk berbincang mengenai perkara itu selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri selesai.

Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan, dengan adanya dapat mengatasi maslaah kecurian berkaitan REE.

“Pastinya itulah kita harapkan dan mereka juga mempunyai kawasan yang boleh dilombong mendapat manfaat dengan adanya SOP yang ada ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI