fbpx

Imej bulan mengambang ‘Super Blue Moon’ dirakam di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena Bulan Biru Penuh dirakam di belakang bangunan Royal Liver di Liverpool. – Getty Images

LONDON – Bulan purnama besar atau dikenali sebagai ‘Super Blue Moon’  menerangi langit di seluruh dunia malam kelmarin, manakala jurugambar-jurugambar tidak melepaskan peluang merakam fenomena tersebut, lapor portal berita MailOnline.

Fenomena itu berlaku hanya sekali dalam tempoh 14 tahun.

Antara gambar yang dirakam menunjukkan Bulan bersaiz besar dan bercahaya terang muncul di sebalik mercu tanda terkenal.

Supermoon berlaku apabila Bulan melalui perigee atau titik paling hampir dengan Bumi.

Pada waktu tersebut, saiz Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar  serta lebih cerah.

Meskipun digelar Super Blue Moon,  Bulan sebenarnya  tidak kelihatan berwarna biru. Sebaliknya, terma itu merujuk kepada fenomena Bulan mengambang berlaku  dua kali dalam masa sebulan.

Hal Ini berlaku kerana kitaran Bulan agak pendek iaitu 29.5 hari berbanding bulan pada kalendar solar yang berlangsung selama 30 atau 31 hari.

Fenomena Super Blue Moon sebelum ini berlaku pada Disember 2009. Fenomena seterusnya diramal berlaku secara berturut-turut, iaitu pada Januari dan Mac 2037. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI