PUTRAJAYA – Gelagat ceria ditampilkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menyaksikan persembahan sempena Hari Kebangsaan 2023 dilihat terus mencuit hati rakyat.
Telatah ceria dua figura wanita utama negara itu bukan sahaja membuat rata-rata pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya terus tersenyum, malah menterjemahkan personaliti Tunku Azizah yang sentiasa dekat di hati rakyat.
Sepanjang sambutan Hari Kebangsaan kali ini, Tuanku Azizah dan Wan Azizah dilihat sentiasa memberikan sokongan kepada setiap kontinjen dengan melambaikan tangan selain mengibarkan Jalur Gemilang.
Tunku Azizah juga dilihat tidak lupa mempamerkan aksi ‘trademark’ baginda iaitu ‘mini love’ kepada kontinjen yang melakukan perbarisan lintas hormat di hadapan khemah diraja.
Sambutan tahun ini melibatkan lebih 17,000 peserta dan 66 kontinjen yang menjayakannya berteraskan “Kepelbagaian Dalam Perpaduan”. – KOSMO! ONLINE