fbpx

Hael Husaini tolong jangan ‘ubah’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI meminta Hael tidak lagi melakukan sebarang perubahan pada wajahnya.

SEMAKIN meraih perhatian sehingga kian hebat dengan pelbagai undangan jenama gergasi di luar negara, penampilan Hael Husaini makin ‘ligat’ diperkatakan peminat. 

Penyanyi lagu Jampi yang tegar dengan fesyen K-Pop terutama dari segi imej serta  busana bak artis Korea Selatan itu kini sekali lagi menjadi buah mulut.

Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai yang mengusik Hael.

Malah ada yang menyamakan penyanyi merangkap komposer berusia 35 tahun itu dengan Misha Omar ketika dia muncul dalam satu majlis anugerah, baru-baru ini.

Mungkin peminat rasa dah cukup elok wajah Hael sekarang. Tak perlu lagi nak ‘touch-up’ lebih-lebih sebab dah nampak sempurna dan kacak sebenarnya. 

Mizz Lahar: Belum habis pantang isteri penyanyi muncul di fesyen ‘show.’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI