PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 7.13 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur serta jarak 13 kilometer (km) Barat Laut dari Ranau,Sabah.
Gempa bumi dengan kedalaman 5km itu menyebabkan gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.
Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.
Sehubungan itu, MetMalaysia meminta mereka yang terjejas untuk mengisi borang selidik di https://forms.gle/mko8CojMMNnNpLVA9. – KOSMO! ONLINE