fbpx

EPL: Saka teruja berada dalam senarai bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA yang menjadi tonggak Arsenal mencabar kejuaraan musim lalu dinobat sebagai pemain muda terbaik. - FB ARSENAL

LONDON – Kejayaan menyekat Erling Haaland daripada menggondol dua anugerah utama menghadirkan keterujaan buat bintang Arsenal, Bukayo Saka yang diangkat sebagai penerima Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA.

Selepas memainkan peranan besar kepada perjalanan The Gunners musim lalu, Saka akui teruja apabila namanya berada sebaris dengan pemain hebat lain yang pernah terpilih untuk menerima anugerah berkenaan.

“Adalah satu penghargaan untuk menerima anugerah ini dan memastikan nama saya berada sebaris dengan pemenang terdahulu. Untuk mendapat pengiktirafan ini adalah satu perasaan yang cukup istimewa.

“Terima kasih kepada PFA dan tahniah juga kepada sema pemain lain serta calon-calon,” katanya.

Untuk anugerah ini, Saka yang menjaringkan 14 gol serta cipta lapan bantuan jaringan bersaing hebat dengan Haaland dan bintang baharu Chelsea, Moises Caicedo.

Musim lalu Arsenal begitu hampir menamatkan penantian dua dekad untuk memenangi Liga Perdana Inggeris sebelum terpaksa akur hanya menamatkan saingan di tempat kedua di belakang City.

Sentuhan bintang antarabangsa England itu juga pastinya akan terus ditagih oleh The Gunners untuk menerima kunjungan Manchester United di Stadium Emirates, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI