PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir dijangka berlaku di negeri Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling).
Turut terkesan, negeri Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
“Cuaca sama juga berlaku di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Setiu dan Kuala Nerus) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).
“Seterusnya, Selangor (Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing),” menurut kenyataan itu.
Bagi Sarawak menurut MetMalaysia, hujan lebat melibatkan sekitar Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau). – KOSMO! ONLINE.