fbpx

Tiga anggota polis ditahan SPRM berkaitan ujian air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan dan dua anggota polis selepas disyaki terbabit rasuah berkaitan ujian saringan air kencing pesalah.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia 36 hingga 54 tahun bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di tiga daerah di Johor.

Kata sumber, penahanan anggota yang berpangkat Asisten Superintendan dan Sarjan dibuat ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor pada pukul 2 petang kelmarin dan 11 pagi semalam.

“Kegiatan suspek itu terbongkar selepas SPRM menahan seorang pegawai patologi dari sebuah hospital di negeri berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan SPRM mendapati seramai 10 pegawai kanan dan 33 pegawai JSJN seluruh daerah di Johor terbabit merasuah patologi sejak 2018 sehingga 2022.

Katanya, setakat ini 37 individu ditahan secara berperingkat dan sudah diberi jamin SPRM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan tatatertib (KST) selari berhubung tangkapan itu.

“Pihak JIPS akan membuka KST seperti biasa apabila ada tangkapan SPRM membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI