fbpx

Semua sekolah dijamin ada prasarana asas pada Oktober – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada rakyat pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Dewan Plenari, PICC hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Semua sekolah di negara ini termasuk sekolah kebangsaan selain sekolah jenis kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bakal dilengkapi prasarana asas munasabah pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua sekolah itu dijamin mempunyai prasarana asas seperti bumbung dan tandas yang baik di mana ia lebih baik daripada membina mercu tanda yang hebat.

“Kerana tahun ini, sebelum akhir bulan Oktober, semua sekolah di negara ini sekolah kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, kita jamin punyai prasarana asas dengan bumbung, tandas dan sebagainya.

“Ini adalah jauh lebih bermakna kepada ibu bapa berbanding mercu tanda gagah dan gedung-gedung hebat,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini tadi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan semua barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, seramai 6,000 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat turut hadir bagi menzahirkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam menyemarakkan rasa kekitaan, kebersamaan dan memperkasakan semangat perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI