PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di Sarawak, pagi ini.
Cuaca buruk tersebut dijangka berlangsung sehingga pukul 10 pagi.
Metmalaysia menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Betong dan Sarikei.
“Kawasan yang diramalkan dilanda ribut petir adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong).
“Turut terlibat, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE