fbpx

Rakyat perlu main peranan lahir manusia jiwa merdeka – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada rakyat pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Dewan Plenari, PICC hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan sosial perlu bersama-sama memainkan peranan dalam ‘memaknai merdeka’ seterusnya berupaya melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai jiwa merdeka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha memaknai merdeka perlu dilaksanakan oleh setiap individu memandangkan ‘Malaysia’ merupakan amanah kepada rakyat.

“Daripada pimpinan tertinggi sehingga rakyat, bahawa negara ini ialah amanah. Di kampung sehinggalah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mesti melahirkan manusia yang jiwanya juga merdeka.

“(Mereka) tidak sanggup negara ini dijadikan perkakas untuk memperoleh habuan golongan elit. Segala kekuatan dan usaha ialah bagi mengembalikan hak kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini tadi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan semua barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, seramai 6,000 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat turut hadir bagi menzahirkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam menyemarakkan rasa kekitaan, kebersamaan dan memperkasakan semangat perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI