fbpx

Pengalaman huni penjara beri keinsafan kepada banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Alam (dua dari kiri) menyampaikan dokumen PBSL kepada salah seorang penghuni Penjara Tapah hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

TAPAH – Pengalaman menjadi penghuni penjara meskipun hanya dalam tempoh sebulan, benar-benar membuka mata dan memberi keinsafan kepada seorang wanita dikenali sebagai Lisa.

Ibu tunggal kepada tiga cahaya mata berusia enam, tujuh dan lapan tahun itu antara 40 banduan dari Penjara Tapah yang terpilih di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Menurut wanita berusia 41 tahun itu, dia tidak menyangka terpilih dalam program tersebut, malah menyifatkan ia sebagai peluang kedua untuknya menebus kesilapan lalu.

Katanya, meskipun tempoh menghuni penjara agak singkat atas kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, namun ia cukup memberi kesan dan pengajaran hingga berazam tidak mahu lagi mengulangi perbuatan jenayah.

“Apabila berada di sini, saya munasabah kembali diri dan kenang semula setiap kesalahan yang dibuat. Saya berjanji untuk tidak lagi menjejakkan kaki di sini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dipilih di bawah program PBSL, memang terkejut apabila dimaklumkan kelmarin (Ahad), tambahan pula hukuman penjara berbaki tiga bulan lagi.

“Apa pun, saya gembira kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga lebih awal dan menyifatkan ia sebagai hadiah hari lahir yang amat bermakna tahun ini,” katanya ketika ditemui dalam program yang disempurnakan Pengarah Penjara Tapah, Timbalan Komisioner Penjara, Kamarul Alam Taib di Penjara Tapah di sini hari ini.

Sementara itu, bagi banduan kes narkotik dikenali sebagai Fendi, 45, peluang terpilih di bawah program PBSL menyuntik semangatnya untuk membina kehidupan baharu sekali gus bebas daripada najis dadah.

Menurut Orang Bebas Berlesen (OBB) itu, dia berharap dengan peluang pekerjaan yang diberikan dapat membantunya membina kembali keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Alhamdulillah, program ini cukup bagus untuk banduan tambahan lagi kita akan menyambut hari kebangsaan esok. Saya berazam akan perbaiki diri supaya menjadi lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Alam berkata, seramai 40 banduan terlibat dalam PBSL melibatkan sembilan OBB kembali ke pangkuan keluarga manakala 31 lagi OBB mengikuti program Corporate Smart Intership (CSI) iaitu bekerja di syarikat bersama majikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI