fbpx

Kris Dayanti masuk masjid tak tutup aurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS DAYANTI

PENYANYI yang juga kini aktif sebagai ahli politik, Kris Dayanti menerima kritikan netizen ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan di Malang, Jawa Timur, Indonesia.

Dia yang dalam rangka lawatan ke sebuah masjid di daerah itu dikecam kerana tidak menutup aurat dan bertudung saat memasuki rumah ibadah terbabit.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu menjelaskan, dia hadir ke tempat ibadah itu hanya untuk sesi lawatan dan bertemu masyarakat setempat.

“Saya tidak kisah (dikecam). Saya sedang melakukan aktiviti turun padang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

“Bukan hanya saya tidak menutup aurat, ramai lagi pengunjung yang datang untuk menziarahi masjid itu tidak tutup aurat.

“Tempat itu sudah jadi tempat pelancongan kerana bukan orang Muslim sahaja yang datang ziarah. Jadi tidak harus bertudung,” ujarnya.

Tambah penyanyi yang mesra disapa KD itu, biarpun tidak menutup aurat, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai umat Islam dengan baik.

“Insya-Allah, yang penting ibadah kita jangan terlambat. Masjid dan surau di sini juga banyak dan berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI