JOHOR BAHRU – Orang ramai berpeluang menyaksikan kek merdeka ‘gergasi’ sempena Majestic Johor Festival 2023 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri esok.
Menariknya ‘the biggest Jalur Gemilang vegetarian cake’ itu bakal mencipta sejarah Malaysia Book Of Records (MBOR) melalui pengiktirafan pada festival berkenaan sempena meraikan sambutan hari kemerdekaan ke-66 tahun.
Orang ramai juga turut berpeluang merasai sendiri kek berkenaan selepas acara perasmian yang berlangsung di pentas utama MJF pada pukul 2 petang esok.
Program diketuai Master Cef Selebriti Malaysia, Michael Ooi Beng Hock itu melibatkan 16 orang cef dari beberapa hotel dalam Johor juga Persatuan Juara Juru Masak Malaysia (MCMA).
Michael Ooi berkata, pihaknya telah memulakan proses membuat kek tersebut sejak semalam dan dijangka akan dapat menghasilkan 600 hingga 700 keping kek untuk dirasai para pengunjung festival tersebut. – KOSMO! ONLINE