fbpx

EPL: Arteta perlu hentikan eksperimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA dilihat masih melakukan proses eksperimen untuk mendapatkan formasi paling sesuai, namun rancangan itu tidak berapa menjadi ketika berdepan Fulham. - AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak, Gary Neville menggesa Pengurus Arsenal, Mikel Arteta untuk menghentikan proses eksperimen terhadap pasukan itu dan kembali kepada asas bola sepak menjelang aksi menentang Manchester United Ahad ini.

The Gunners berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan awal musim ini ketika menentang Nottingham Forest dan Crystal Palace, namun diikat 2-2 ketika menentang Fulham pada Sabtu lalu.

Jaringan lewat permainan menerusi Joao Palhinha menyaksikan Fulham yang beraksi dengan 10 pemain berjaya menafikan hajat Arsenal meraih kemenangan bersih pada perlawanan tersebut.

Neville percaya bahawa Arteta perlu kembali menggunakan pendekatan dan taktikal yang digunakan musim lalu ketika pasukan itu melakar kejutan mencabar kejuaraan dan memberikan kesukaran kepada Manchester City.

“Saya fikir mereka sudah berada di tahap berbeza. Arsenal dijangka mampu sekali lagi mencabar kejuaraan musim ni.

“Tekanan yang tinggi terpaksa dihadapi pemain mereka, Kai Havertz, tetapi mereka perlu memberikannya peluang untuk menyesuaikan diri dengan pasukan.

“Pada saya, mereka masih dalam proses bereksperimen apabila pemain pertahanan berfikir mereka mampu bermain di posisi tengah, manakala pemain tengah juga merasakan mereka perlu berada di kedudukan sebagai pemain pertahanan.

“Saya jangkakan Arsenal akan menghentikan eksperimen mereka minggu depan, mereka perlu kembali kepada keadaan asal dengan menggunakan empat pemain pertahanan

“Keseimbangan dalam pasukan sangat penting, sebarang proses inovasi adalah suatu yang hebat kerana kami sangat suka melihat perkara baharu, tetapi adakalanya proses seperti itu tidak berjaya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI