fbpx

Anak mati selepas tunai nazar di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba dan wakil perubatan memeriksa keadaan Muhammad Danial Rizal (gambar kecil) yang lemas di dalam sebatang sungai di Selayang kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sayu hati seorang bapa apabila hanya sempat sehari bertemu anaknya selepas pulang dari luar negara sebelum Muhammad Danial Rizal Suardi, 15, ditemui lemas di sebatang sungai di Jalan Bukit Idaman, Kampung Bukit Lenggong, Selayang, di sini petang kelmarin.

Menceritakan mengenai kejadian itu, bapa saudara mangsa, Sunardi Ali Muan, 47, berkata, sehari sebelum kejadian, bapa mangsa baru sahaja pulang dari Indonesia bagi menunaikan na­zarnya.

Katanya, bapa mangsa yang mengalami strok sebelum ini bernazar sekiranya pulih, dia akan mendermakan seekor haiwan tenusu untuk dibuat sembelihan sebelum disedekahkan kepada saudaranya di Indonesia.

“Bapa mangsa baru pulang dari Indonesia (kelmarin), sehari sebelum mangsa ditemui lemas di dalam sungai.

“Kakak dia beritahu ­mangsa pada pagi hari kejadian (semalam) sempat meminta untuk makan roti canai sebelum meminta kebenaran untuk keluar bersama rakan-rakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, di sini semalam.

Mengulas lanjut bagaimana dia mengetahui kejadian itu, katanya, dia hanya mendapat tahu perkara tersebut daripada rakannya pada sebelah malam.

Katanya, sejurus habis waktu kerja, dia terus bergegas ke rumah abangnya dengan menaiki motosikal untuk mendapatkan perkembangan kemalangan itu daripada mereka.

“Suasana rumah pada waktu itu sangat hiba, sampai ke hari ini (semalam) ibunya masih lagi menangis, saya nak tanya apa-apa pun tak boleh sebab rasa bersalah.

“Arwah memang seorang yang baik, tak kacau orang, menjaga solat, tahu-tahu sahaja sudah sampai ajalnya.

“Kali terakhir saya jumpa arwah pada Aildiladha lalu. Saya agak sedih bila dapat tahu itu pertemuan terakhir dengannya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Danial Rizal ­Suardi, 15, ditemui meninggal dunia selepas lemas dalam sungai di Jalan Bukit Idaman, Kampung Bukit Lenggong, Selayang di sini kelmarin.

Dilaporkan, mangsa telah dibawa naik oleh orang awam di sungai sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Mangsa telah disahkan me­ninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI