PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, Kedah dan Perak antara negeri yang dijangka mengalami cuaca buruk berkenaan.
“Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Langkawi) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang).
“Di Kelantan meliputi seluruh kawasan, Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis serta Raub,” menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat adalah Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula, cuaca sama dijangka melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan),” tambah kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE