fbpx

YTL lancar Pakej Rahmah 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakej Yes 5G Rahmah bermula daripada RM35 sebulan.

PETALING JAYA – YTL Communications hari ini melancarkan pelan Pakej Yes 5G Rahmah, yang menawarkan peranti 5G dan data 100 gigabit (GB) pada hanya RM35 sebulan.

Yes Power 35 Rahmah menawarkan 100GB data mudah alih 5G+4G dengan panggilan tanpa had, bersama telefon 5G ZTE Blade A73 atau Vivo Y55+ pada harga RM240, atau RM120 untuk 100,000 warga B40 pertama.

Ia ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan kontrak selama dua tahun, dan jaminan dua tahun untuk peranti.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata, inisiatif Rahmah kerajaan selaras dengan komitmennya untuk meningkatkan taraf kehidupan setiap komuniti di Malaysia melalui sambungan dan teknologi digital yang lebih baik.

“Sebagai sokongan dan untuk memberikan nilai terbaik untuk semua rakyat Malaysia, kami melancarkan pelan pakej peranti Yes Power 35 Rahmah pada harga RM35 sebulan untuk data 100GB, yang merupakan pelan mudah alih paling berpatutan di pasaran.

“Ini selaras dengan misi kami untuk menyediakan Yes 5G For All, iaitu menjadikan 5G lebih mudah diakses dan mampu milik untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Yes 5G turut menawarkan Pelan Rahmah Yes Infinite Basic pada harga RM58/bulan, yang disertakan dengan data kelajuan 5G+4G tanpa had, 20GB hotspot mudah alih dan panggilan tanpa had.

Dengan kontrak 24 bulan, pengguna mempunyai pelbagai pilihan telefon 5G daripada jenama-jenama terkenal seperti Samsung, Honor, OPPO, Redmi, Vivo dan ZTE.

Bagi Pelan Insentif Pascabayar Rahmah untuk penjawat awam, kakitangan kerajaan boleh mendaftar dan menikmati diskaun sehingga RM120 untuk pelan pascabayar Rahmah Yes 5G.

Yes 5G menawarkan rebat bulanan RM10 selama 12 bulan untuk pelan Yes Infinite Basic, Infinite Standard, Infinite Premium dan Infinite Ultra.

Pakej Yes 5G Rahmah akan bermula dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2023, manakala Insentif Pascabayar Rahmah untuk Penjawat Awam akan dilancarkan pada 16 September 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI