fbpx

Wanita baling selipar, curah air mineral ke arah Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang wanita membaling selipar dan mencurahkan air mineral ke arah Jokowi di Deli Serdang kelmarin. - Foto Kolose TribunnewsSultra.com

JAKARTA  – Seorang wanita melontar selipar dan mencurahkan air mineral ke arah Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam satu majlis di Gedung Serba Guna, Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara kelmarin, lapor portal berita Prohaba.

Bagaimanapun, selipar dan air itu tidak mengenai Jokowi,  manakala wanita dikenali sebagai  Roida Tampubolon itu turut menjerit meminta keadilan buat dirinya.

Air  yang dicurahkan Roida sebaliknya mengenai pengawal peribadi Presiden Indonesia itu

Mereka bertanya kepada wanita berkenaan tentang tujuannya berbuat demikian dan dia menegaskan ingin meminta keadilan daripada Jokowi.

Berikutan aksi tersebut, anggota-anggota pengawal peribadi  itu bertindak menjauhkan Roida daripada  Jokowi.

Presiden Indonesia itu  tidak sedar berlaku insiden melempar selipar tersebut kerana sibuk bertemu dengan orang ramai. 

Ketika kejadian , Jokowi sedang menghadiri majlis Perundingan Relawan Datuk Bandar Medan Bobu Nasution tetapi beliau tidak berucap dan hanya menonton  pertunjukan seni budaya Batak. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI