fbpx

Universiti Britain saran kuliah 3 hari seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti di Britain akan mengurangkan bilangan hari kuliah bagi membolehkan mereka bekerja sambilan. – AFP

LONDON – Bilangan hari kuliah yang perlu dihadiri  pelajar di universiti akan dikurangkan bagi memudahkan mereka bekerja sambilan ketika krisis kos sara hidup melanda Britain,  lapor akhbar The Guardian semalam.

Jadual waktu pembelajaran padat, di mana kuliah dan seminar dijadualkan berlangsung selama dua atau tiga hari dan bukannya sepanjang minggu sedang diperkenalkan oleh beberapa institusi pendidikan negara itu.

Langkah tersebut bagi memudahkan pelajar yang semakin ramai terpaksa melakukan  kerja sambilan bagi menampung hidup mereka.

Lebih separuh daripada pelajar kini bekerja sambil belajar  di institusi pendidikan tinggi,  meningkat kepada 45 peratus pada 2022 berbanding 34 peratus tahun sebelumnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI