fbpx

Sri Pahang belum puas menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Sri Pahang meraikan kejayaan menewaskan Kelantan United FC 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad nyata gembira apabila pasukannya meraih kemenangan bergaya 5-1 ke atas Kelantan United FC, namun masih belum berpuas hati de­ngan ­prestasi tidak konsisten ditunjukkan barisan pemain dalam setiap perlawanan.

Menurutnya, skuad Tok Gajah sememangnya mengharapkan kemenangan pada perlawanan malam tadi untuk meletakkan pasukan di kedudukan terbaik dan sekurang-kurangnya berpeluang memintas Sabah FC dalam carta Liga Super musim ini.

“Kita rasa gembira dengan kemenangan malam ini (malam semalam) kerana kita memang memerlukan tiga mata penuh, namun untuk keseluruhan permainan bagi saya masih kurang memuaskan.

“Pemain-pemain terlalu cepat berasa selesa apabila berjaya mengatasi Kelantan United di babak pertama,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Legenda bola sepak Singapura itu menjelaskan, selepas mendahului 3-0 di babak pertama, skuad Tok Gajah membenarkan Kelantan United mendominasi perlawanan untuk 30 minit kemudian dan juga pada 15 minit terakhir perlawanan.

Katanya, sepanjang tempoh itu pasukannya dilihat lebih selesa selepas bermain di bawah dan keadaan lebih mendebarkan pada babak kedua apabila barisan pemain seolah-olah me­ngundang Sang Kijang Hijau untuk menggempur kubu Sri Pahang.

“Sepatutnya kita meneruskan serangan untuk mematikan semangat pasukan lawan tetapi kita ambil masa terlalu lama untuk mencetak satu gol lagi dan selepas itu mood permainan kembali menurun.

“Bahagian bawah juga agak kucar-kacir apabila menerima larian-larian penetratif dari Kelantan United yang banyak membuka peluang untuk pasukan lawan mencetak gol dan sa­ngat berbahaya kepada pasukan kita,” katanya.

Bagaimanapun, beliau me­nganggap Sri Pahang beruntung kerana berjaya meraih kemena­ngan bergaya apabila Kelantan United dihantui ketumpulan penyudah walaupun berjaya mencipta banyak peluang berbahaya di hadapan gawang Tok Gajah.

“Sebenar kita sudah banyak kali bercakap kepada pemain-pemain mengenai prestasi tidak konsisten dalam perlawanan ini. Seringkali apabila mendahului, pemain-pemain akan lebih santai dan lebih berbahaya apabila banyak melakukan hantaran ke belakang.

“Mereka perlu lebih berdisiplin dan meningkatkan konsentrasi. Selain itu saya harap pemain-pemain juga dapat mengurangkan risiko mendapatkan layangan kad kuning kerana pada setiap babak perlawanan, sekurang-kurangnya seorang pasti dilayangkan kad kuning,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI