fbpx

Emosi Hana Ismail tak stabil selepas keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANA kesal tindakan pemfitnah yang masih tidak berhenti menyebarkan dakwaan palsu terhadap suaminya, Syed. Foto oleh HANA ISMAIL

PETALING JAYA – Pengacara Hana Ismail mengakui emosinya terkesan dengan fitnah berkaitan kes rogol melibatkan suaminya, Da’i Syed yang dilemparkan seorang wanita dalam media sosial baru-baru ini.

Meski sudah bersedia menghadapi ujian apabila mengambil keputusan mengahwini suaminya, Hana tetap kesal dengan tindakan pemfitnah yang menyerang dia dan Syed pada ketika diuji dengan insiden keguguran anak.

“Sejujurnya, saya tidak kisah. Apabila berkahwin saya memang bersedia dengan kemungkinan isu berbangkit seperti ini.

“Namun, si pelaku memuat naik video pada waktu yang kurang tepat, lebih-lebih lagi saya berada dalam fasa pemulihan selepas keguguran.

“Secara fizikal memang nampak saya okey, tetapi saya masih lagi dalam fasa penyembuhan untuk emosi dan mental,” katanya kepada Kosmo! Online dalam sebuah sidang akhbar semalam.

Mengakui hati masih berduka susulan kehilangan anak sulung ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu, pemilik nama lengkap Nurul Hana Ismail itu bagaimanapun bersyukur kerana memiliki ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

“Saya bukan malaikat dan tidak terlepas melalui fasa kesedihan dan kekecewaan ditambah pula semua itu berlaku dalam tempoh kurang sebulan saya kehilangan anak dan menghadapi proses pantang.

“Naluri ibu sudah ada jadi saya rindu untuk hamil, situasi seperti ini banyak menganggu.

“Alhamdulillah ada suami, umi, abah, dan keluarga mertua yang memberikan sokongan. Orang ramai juga yang banyak mendoakan saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Hana sempat meninggalkan pesanan kepada orang ramai terutama pengguna media sosial untuk menyelidik terlebih dahulu kisah sebenar sebelum melakukan andaian supaya tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.

“Satu penganiyaan dan kezaliman ke atas saya. Ini kira ujian buat suami, saya, si pelaku dan orang yang menonton video tersebut.

“Cuba lihat kepada kedua-dua pihak berbanding terus menyerang dan memberikan reaksi tidak wajar.

“Saya seru kepada orang ramai untuk bertabayyun (menyemak asas kebenaran) kerana reaksi anda sedikit sebanyak memberikan impak kepada saya dan suami serta ahli keluarga kami,” ujarnya lagi.

Semalam, pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang wanita yang memfitnah isteri keguguran akibat kifarah rogol.

Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI