fbpx

Shen Yi, Yi Yi pulang ke China hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Zoo Negara beserta ucapan selamat tinggal kepada Sheng Yi dan Yi Yi.

KUALA LUMPUR – Anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi yang ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Kelang akan dihantar pulang ke China hari ini.

Timbalan Menteri Kementerian Sumber, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, penghantaran pulang dua anak panda itu bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC).

Yi Yi yang kini berusia lima tahun sepatutnya dihantar pulang pada tahun 2020, tetapi ditangguhkan susulan penularan pandemik Covid-19.

“Memandangkan Sheng Yi mencecah usia 24 bulan pada Mei lalu, China Wildlife Conservation Association (CWCA) bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menghantar kedua-dua anak panda gergasi itu bersekali.

“Penghantaran pulang anak panda ini juga adalah bagi tujuan konservasi panda gergasi untuk membolehkan ia bergaul dan membiak dengan panda gergasi lain,” katanya pada sidang akhbar majlis perasmian send-off Sheng Yi dan Yi Yi di Zoo Negara hari ini.

Tiong Sii melawat panda gergasi di Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara hari ini. – Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI

Turut hadir Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Abdul Wahid Abu Salim.

Sheng Yi dan Yi Yi kini yang sudah dikuarantinkan untuk dibawa pulang akan bergerak ke lapangan terbang pada pukul 4 petang ini.

Dalam pada itu, Tiong Sii memaklumkan, satu penilaian bersama akan diadakan dengan CWCA pada tahun ini bagi menilai pencapaian Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda dalam aspek tahap kesihatan, pembiakan, pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan dan hubungan dua hala.

“Yi Yi yang bermaksud persahabatan, dan Sheng Yi yang bermaksud keamanan dan persahabatan menjadi nama pilihan bagi kedua-dua anak panda gergasi daripada pasangan Fu Wa dan Feng Yi yang tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.

“Nama-nama ini memberikan maksud yang signifikan dalam mengukuhkan ikatan antara Malaysia dan RRC,” ujarnya.

Tiong Sii berkata, pihaknya berharap Giant Panda yang merupakan utusan khas daripada RRC dapat menggalakkan lagi persefahaman dan kerjasama erat di antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI