FASA dunia diserang Covid-19 hakikatnya memberi kesan terhadap ramai insan hingga ada yang masih berdepan kesukaran hidup sampai sekarang.
Bagi aktres Rani Mukherjee, situasi sulit tersebut masih segar dalam ingatannya apabila dalam tempoh sama iaitu sekitar tahun 2020 dia mengalami keguguran.
Kandungannya yang juga anak kedua hasil perkahwinan dengan Aditya Chopra ketika itu sudah mencecah lima bulan tidak dapat diselamatkan.
“Sekitar tahun 2020 saya hamil anak kedua, tetapi sayangnya saya kehilangan bayi itu. Ini sesuatu yang menyedihkan kami sekeluarga,” katanya.
Selepas itu, Rani menyatakan dia terus menerima tawaran membintangi filem Mrs Chatterjee VS Norway yang meraih sambutan hebat penonton menerusi Netflix.
Terdahulu, rumah tangganya diserikan seorang anak perempuan yang sekarang sudah berusia lapan tahun.