fbpx

Peruntukan baik pulih supaya sekolah selamat, kondusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM Hui Ying mengadakan lawatan sekitar SJKC Forest Heights sempena lawatan beliau ke Negeri Sembilan hari ini. Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Peruntukan bantuan penyelenggaraan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan bangunan sekolah selamat serta mewujudkan iklim fizikal sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, beliau diberi amanah dan tanggungjawab untuk memantau dan memastikan segala usaha kementerian dapat disampaikan ke akar umbi yang boleh memanfaatkan semua warga sekolah.

“Sumbangan bantuan penyelenggaraan daripada KPM adalah untuk memastikan bangunan sekolah, peralatan sekolah dan persekitarannya sentiasa selamat, selesa, bersih dan ceria serta mewujudkan iklim fizikal sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ini boleh meningkatkan motivasi warga sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
kurikulum dan kokurikulum,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Forest Heights hari ini.

Jelasnya, KPM sentiasa komited terhadap isu yang berlaku di sekolah termasuk isu penyelenggaraan infrastruktur sekolah yang secara langsung memberi kesan terhadap keselamatan dan keselesaan murid dan guru.

“Di Negeri Sembilan, sebanyak 45 daripada 47 buah sekolah SJKC dan 39 daripada 46 buah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) jenis bantuan kerajaan telah menerima peruntukan penyelenggaraan untuk tahun ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI