fbpx

Pengamal media terima rebat 1 bulan bil telefon pada September – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Pengamal media di negara ini bakal menerima rebat satu bulan bil telefon di bawah Rebat Rahmah Pengamal Media pada September ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pemberian rebat ini dijangka akan melibatkan lebih 10,000 orang pengamal media di seluruh negara.

“Ini adalah sebagai penghargaan kepada wira-wira yang tidak didendang. Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media akan dilaksanakan pada September ini.

“Semua pengamal media memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan (Japen) layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam di sini hari ini.

Katanya, perincian lanjut akan diumumkan kemudian setelah selesai penyelarasan bersama syarikat telekomunikasi terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI