fbpx

Pemilik syarikat, bekas pengurus didakwa buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wei Che (memakai topi) dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan membuat tuntutan palsu.

JOHOR BAHRU – Pemilik syarikat pembekalan kontena dan bekas pengurus besar syarikat pelabuhan di Gelang Patah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat serta membuat tuntutan palsu bernilai RM151,024.50, dua tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu Ng Wei Che, 33, dan Tan Ming Han Vincent, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Wei Che yang merupakan pemilik Syarikat Pembinaan telah mengemukakan suatu dokumen tuntutan iaitu Invois yang berjumlah RM151,024.50.

Dokumen itu diserahkan bersama dokumen nota pengedaran, pengukuran akhir yang dipersetujui dan permohonan untuk pemeriksaan kepada syarikat pelabuhan tersebut yang mengandungi butiran palsu iaitu barang-barang tersebut tidak sama dengan pembekalan yang dilaksanakan yang ada dalam tuntutan dibuat syarikatnya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, pada 9 November 2021. Bagi perbuatan itu, Wei Che telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sementara itu, bekas pengurus besar syarikat pelabuhan itu, Ming Han didakwa bersubahat dengan Wei Che melakukan perbuatan itu di lokasi dan waktu yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Zahida Muhammad Ruzi manakala Wei Che diwakili peguam, Goh Sze Han dan Ming Han diwakili peguam R.Jayabalan dan R.Subash.

Nur Zahida memohon kepada mahkamah untuk mengenakan Wei Che jaminan berjumlah RM40,000 manakala Ming Han sebanyak RM20,000 dalam bentuk cagaran dengan syarat tambahan perlu lapor diri ke Pejabat SPRM setup bulan dan serahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim membenarkan jaminan berjumlah RM10,000 dalam bentuk cagaran dengan seorang penjamin warga tempatan selain perlu lapor diri di Pejabat SPRM Johor Bahru dan menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh serahan kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI