fbpx

Pekebun tak tahan kebun diserang tupai, kera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaidi (tiga dari kiri) memilih buah durian yang dihantar pekebun di Kampung Teluk Temelah, Baling semalam.

BALING – Beberapa pekebun dusun durian, rambutan, dokong dan manggis terpaksa ‘berebut’ buah dengan kera serta tupai yang sering merosakkan buah-buahan yang hampir masak.

Seorang pekebun, Mohd. Rizuan Abdul Rahim, 38, berkata, musim durian kali ini menjadi berbanding pengeluaran kali pertama tahun ini, namun malang­nya banyak buah dirosakkan oleh kera dan tupai.

“Haiwan perosak seperti kera serta tupai terlalu banyak dan telah merosakkan buah-buahan sehingga hasilnya merosot.

“Serangan haiwan terlalu kuat, kami terpaksa berebut buah de­ngan kera dan tupai sehingga melakukan pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada Kosmo!.

Seorang lagi pekebun, Mohd. Ridzuan Husain, 50, pula berkata, mereka terpaksa ‘berperang’ de­ngan musuh buah seperti kera dan tupai yang banyak merosakkan buah-buah durian yang hampir masak.

“Pengeluaran durian kali ke­dua ini agak lumayan, banyak pokok berbuah, ada lebih 1,000 biji berbanding sebelum ini ha­nya tiga pokok sahaja yang berbuah. Kali ini juga buah durian menjadi dengan elok dan cantik serta sedap isinya.

“Bagaimanapun, serangan haiwan yang kami tak tahan, terlalu banyak,” ujarnya.

Peraih buah-buahan, Mohd. Zaidi Husain, 44, berkata, buah durian pada kali pertama pengeluarannya beberapa bulan lalu tidak banyak berbanding pengeluaran kali ini.

“Sehari kami boleh beli sehingga 800 kilogram durian daripada pekebun berbanding musim sebelum ini, tetapi jika hendak dibandingkan musim buah durian beberapa tahun sebelum ini, ia agak merosot,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI