fbpx

Paris Hilton ‘turun’ Sogo KL 13 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sosialit terkenal dunia, Paris Hilton bakal bertandang ke kompleks beli-belah Sogo Kuala Lumpur bulan hadapan.

PETALING JAYA – Pelakon dan sosialit terkenal, Paris Hilton berkongsi berita gembira apabila bakal berkunjung ke Malaysia pada 13 September ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya, Hilton, 42, akan berada di pusat beli-belah, Sogo Kuala Lumpur untuk melancarkan keluaran terbaharu minyak wangi jenamanya, Paris Hilton Fragrances iaitu Ruby Rush.

“Hai Malaysia! Tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua pada 13 September nanti di Sogo, Kuala Lumpur untuk pelancaran keluaran baharu minyak wangi saya, Paris Hilton Fragrances,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu juga, difahamkan pelakon yang pernah membintangi filem House of Wax itu akan berada di pusat beli-belah Sogo pada pukul 4 petang.

Sekadar info, sebelum berkunjung ke Malaysia, cucu kepada pemilik rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu akan berada di Bangkok, Thailand pada 11 September untuk mempromosikan jenama minyak wanginya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI