fbpx

Pakej 5G Rahmah bermula 31 Ogos hingga Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bergambar bersama penjawat awam yang menerima insentif pascabayar Rahmah pada Majlis Pelancaran Pakej 5G Rahmah di Kementerian Komunikasi dan Digital, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia bakal meninkmati Pakej 5G Rahmah, dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB bermula 31 Ogos sehingga Disember.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Pakej 5G Rahmah didatangkan dengan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G dan ia tertakluk kepada kontrak langganan selama 24 bulan.

“Selaras dengan kerangka Ekonomi Madani, ada berita gembira untuk golongan B40. Bagi Pakej 5G Rahmah, 100,000 orang pelanggan terawal daripada golongan B40 layak mendapat subsidi sebanyak RM120 ke atas harga telefon pintar.

“Sebagai contoh, bagi telefon pintar berharga RM240, pelanggan yang layak hanya perlu membayar RM120 bagi telefon pintar tersebut dan sekiranya telco menyediakan telefon pintar pada harga yang lebih rendah daripada harga RM240, misalnya RM200, harga yang perlu dibayar oleh pelanggan setelah ditolak subsidi adalah sebanyak RM80 sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam di sini hari ini.

Jelasnya, Pakej 5G Rahmah adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pembelian namun, bagi 100,000 orang pelanggan terawal daripada golongan B40 yang mendapat subsidi sebanyak RM120 ke atas harga telefon pintar, hanya satu Pakej 5G Rahmah sahaja yang layak diperoleh menggunakan subsidi ini.

“Harga telefon pintar bagi pembelian kedua dan seterusnya di bawah pakej ini adalah pada harga RM240,” ujarnya.

Fahmi berkata, bagi insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam pula menawarkan rebat sebanyak RM10 sebulan bagi tempoh 12 bulan kepada semua penjawat awam Malaysia melibatkan kakitangan kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Insentif ini mula ditawarkan bermula 16 September hingga 31 Disember 2023. Pendaftaran adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh setiap syarikat telekomunikasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI