fbpx

Orang ramai disaran naik MRT KLCC pada sambutan Ambang Kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stesen MRT Persiaran KLCC

PETALING JAYA – Orang ramai disaran untuk menggunakan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Persiaran KLCC untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), Amir Hamdan, berkata, selain stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya untuk ke KLCC menerusi stesen MRT Persiaran KLCC.

Ujarnya, warga kota diseru untuk menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.

“Langkah ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kesesakan yang lazimnya berlaku di stesen LRT KLCC sejurus selepas acara tamat.

“Pengguna diminta menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) ketika menggunakan perkhidmatan rel dan memastikan baki adalah mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kemudahan ‘park and ride’ juga tersedia di stesen-stesen terpilih dan pengguna perlu gunakan kad TnG yang sama digunakan ketika menaiki LRT, MRT atau Monorel bagi mendapatkan kadar rata.

Katanya, sempena sambutan Ambang Merdeka 2023, Stesen LRT KLCC, Stesen MRT Persiaran KLCC dan lapan stesen rel yang lain akan dilanjutkan perkhidmatan sehingga pukul 2 pagi pada 31 Ogos ini.

Stesen rel yang dilanjutkan perkhidmatan pada malam sambutan Ambang Merdeka adalah seperti berikut;
1. Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya)
2. Stesen Ampang Park (Laluan Kelana Jaya & Laluan Putrajaya)
3. Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya)
4. Stesen Pasar Seni (Laluan Kelana Jaya & Laluan Kajang)
5. Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang & Monorel)
6. Stesen Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya & Ampang/Sri Petaling)

Dalam pada itu, katanya, perkhidmatan rel akan bermula pada pukul 4.00 pagi pada 31 Ogos bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin ke acara Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI