fbpx

Mungkin motif disebabkan Baby Syifaa meragam – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuseri dan penyokong yang hadir dalam sesi inkues Baby Syifaa di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Bapa kepada Baby Syifaa, iaitu Yuseri Yussof, 40, memaklumkan Mahkamah Koroner, di sini, hari ini kemungkinan anaknya itu mati dibunuh disebabkan bayi berkenaan meragam.

Ini berikutan ujar saksi ke-25 itu, perkataan “bunuh” disebut oleh pegawai penyiasat kes terbabit.

Yuseri turut menjelaskan dia tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat kes tersebut yang didapati terdapat banyak kelemahan sehingga terpaksa mendapatkan rujukan lain.]

Katanya, dia nekad merujuk perkara tersebut ke pihak lain disebabkan pakaian mangsa yang dipakai pada hari kejadian ditinggalkan dan paling ketara pegawai penyiasat mengabaikan kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Terdapat satu kuku jari kaki tercabut yang pegawai penyiasat tak pernah beri penerangan dan garisan lurus yang dikatakan kononnya disebabkan jerutan buai. Tapi garisannya terlalu kemas. Kemudian ada di pipi dua tanda kuku dan selain bibir kebiruan,” katanya ketika menjawab soalan peguam utama keluarganya Hafiz Norkhan berkenaan ketidakpuasan hati terhadap siasatan yang dijalankan.

Malah Yuseri menjelaskan lagi, kesan jerutan pada leher anaknya itu juga terlalu kemas dan secara logiknya jika bayi terjerut kuat, bayi akan meronta.

Sebelum ini, media melaporkan, Nour Rania Asyifaa, 15 bulan, ditemui tidak sedarkan diri di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI