fbpx

Laurel B sasar jualan 100,000 unit hingga akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Nur Siti Aishah melancarkan penjenamaan baharu Laurel B di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Laurel B Sdn. Bhd. (Laurel B) pengeluar produk penjagaan kecantikan dan kesihatan, berkeyakinan terhadap fasa kembali semula ke pasaran dengan penjenamaan baharu bagi produk sedia adanya yang kini diberi nilai tambah, bakal mendapat tempat di pasaran tempatan dan di luar negara.

Laurel B yang dulunya dikenali sebagai produk Mixberry telah dikeluarkan oleh syarikat Shalicious Empire dengan mencatat jualan lebih satu juta unit di pasaran.

Syarikat tersebut telah mula berope­rasi pada tahun 2017 dengan menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit muka.

Hampir setahun syarikat tersebut tidak aktif di pasaran kerana berdepan dengan pelbagai masalah, kini ia kembali dengan imej, jenama dan promosi selain menambah baik produk Mixberry itu dengan khasiat yang lebih baik dengan nama baharunya, Laurel B.

Pengasas syarikat Laurel B, Wan Nur Siti Aishah Wan Hasan berkata, produk baharu itu mula diperkenalkan di pasaran pada minggu ini dan ia dijual dengan RM110 seunit.

Pihaknya mengunjurkan jualan sehingga 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Menurut beliau, misi ini mampu dicapai memandangkan jualan pada hari pertama produk tersebut diperkenalkan kepada reseller dan pelanggannya telah merekodkan jualan sehingga 10,000 unit.

“Memandangkan kami sudah berada di pasaran sebelum ini, maka masih ramai pelanggan setia terhadap produk syarikat bukan saja dalam negara tetapi juga di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaharunya di sini baru-baru ini.

Selain itu, Wan Nur Siti Aishah menjelaskan, selain berjaya ke pasaran Indonesia syarikat bakal membuka lembaran baharu di Singapura dan juga Brunei.

Mengulas me­ngenai rangkaian pemasarannya, beliau berkata, buat masa sekarang bilangan resel­ler telah bertambah kepada 2,000 orang di seluruh negara dan telah membantu menaikkan jualan syarikat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI