fbpx

Kebajikan Suhaimi terus dibela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan ketika mengunjungi Suhaimi yang terlantar atas katil di kediamannya di Kapar, Klang. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Penolong jurulatih skuad sepak takraw negara, Suhaimi Yusof akan mendapat rawatan susulan terbaik bagi memastikan beliau segera pulih seperti biasa.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, bantuan rawatan itu bagi menghargai sumbangan atlet tersebut yang juga sering mewakili pasukan sepak takraw negeri ini.

“Bantuan juga akan disalurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi pencen ilat. Sudah pasti kita akan memberi bantuan (atas jasanya selama ini) termasuk kewangan dan rawatan susulan agar Suhaimi kembali pulih. Sokongan yang sewajarnya juga akan dilakukan agar kebajikan beliau dan keluarga terpelihara,” katanya ketika melawat Suhaimi di kediamannya di Batu 2 Jalan Kapar di sini.

Terdahulu media melaporkan bekas apit kiri Malaysia itu berada di Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani proses pembuangan takungan air dalam kepalanya selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam kepala.

Sementara itu Pegawai Eksekutif Kanan Perkeso Selangor, Iskandar Zulkarnain Mohd. Ibrahim menjelaskan, Suhaimi akan menerima pencen ilat berjumlah lebih RM2,000 sepanjang hayatnya selain rawatan lanjut untuk fisioterapi di Melaka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI