fbpx

Hujan lebat di 9 buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan sembilan buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

Katanya, amaran itu dikeluarkan untuk seluruh negeri Perlis, Perak dan Kelantan serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya di sini tadi.

Selain itu MetMalaysia berkata, cuaca sama juga diramalkan berlaku di Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Sementara itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin.

“Di Selangor pula, amaran dikeluarkan bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Sementara di Negeri Sembilan hujan lebat dijangka melanda Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI