fbpx

Pemuda hilang sejak seminggu lalu ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui meninggal dunia di kawasan hutan berbukit di Kampung Bambangan Tudon semalam. Foto: Ihsan Bomba

PENAMPANG – Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak seminggu lalu ditemui meninggal dunia di kawasan hutan berbukit di Kampung Bambangan Tudon semalam.

Dalam kejadian pada 10.30 pagi itu, mayat Kevin Lokuman, 32, ditemukan penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 24 Ogos lalu.

“PGO Sabah terima panggilan dari Balai Polis Tamparuli memaklumkan terdapat seorang lelaki dikhuatiri hilang dari rumah kediaman keluarganya. Mangsa dilaporkan keluar rumah tanpa memberitahu ahli keluarga pada 22 Ogos lalu pukul 5 pagi,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dan pada hari kelima SAR mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

“Pasukan bomba tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada 12.50 tengah hari dan seterusnya ke lokasi mangsa yang ditemui oleh penduduk kampung.

Pasukan bomba mengambil masa disebabkan oleh laluan yang sukar iaitu kawasan hutan berbukit. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6.14 petang,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI