fbpx

‘Harga ubat sama nilai sebuah rumah teres’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Adam memerhatikan Norfarahain meminum susu khas ketika ditemui di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita buntu untuk mencari wang sebanyak RM420,000 bagi menampung perbelanjaan perubatan bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dia hadapinya sejak setahun lalu.

Norfarahain Abd. Manap, 34, berkata, dia dan suaminya, Muhammad Adam Abdullah, 29, tidak mampu untuk membeli ubat yang disyorkan doktor kerana me­nyamai nilai sebuah rumah.

Katanya, dia memerlukan suntikan pembrolizumab bagi meningkatkan peluangnya untuk hidup lebih lama.

“Ubat itu dapat meningkatkan sistem imunisai badan bagi mengesan, melawan sel tumor selain meningkatkan peluang hidup penghidap kanser seperti saya.

“Saya disahkan menghidap kanser itu pada Ogos tahun lalu dan sudah melakukan kemote­rapi sebanyak enam kitaran,” katanya.

Namun, menurut Norfarahain, sel kanser kembali aktif dan sudah mencecah tahap dua dan merebak ke paru-paru sejak Jun lalu.

Tambahnya, imbasan tomografi berkomputer mendapati, kanser itu sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan.

“Ia menyebabkan saya kerap batuk, sesak nafas dan badan kerap lemah dan keletihan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Adam yang juga bekas tentera berkata, permohonan bantuan daripada Kementerian Pertahanan juga belum ada maklum balas.

Katanya, dia tidak sanggup untuk melihat isterinya terus menderita dan memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengumpul dana untuk membeli ubat tersebut.

“Saya mengenali Norfarahain yang berstatus ibu tunggal empat tahun lalu dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari lalu selepas kagum dengan kekuatan dan semangatnya meneruskan kehidupan.

“Namun, pendapatan saya RM2,000 sebulan tidak mampu menampung kos untuk tanggung persekolahan anak berusia 10 dan 13 tahun, beli ubat cairkan darah, susu khas selain vitamin,” katanya.

Orang ramai yang ingin meri­ngankan beban Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI