fbpx

Gempa bumi di Kalimantan, Heliza Helmi mohon doa ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIKA gempa berlaku, Heliza berada di sebuah hotel di Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan.

PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi berkongsi detik mencemaskan berikutan gempa bumi yang berlaku di Kalimatan Selatan, Indonesia, awal pagi tadi.

Katanya yang menginap di sebuah hotel di Tanah Bumbu, Kalimantan, dia terjaga daripada tidur selepas merasai gegaran kuat hingga pintu bilik bergoyang.

“Saya terjaga daripada lena sebab tempat penginapan kami bergegar dengan kuat.

“Tiba-tiba blurr (bingung) tak tahu apa yang berlaku tetapi hotel bergoyang kiri dan kanan.

“Agak lama sebab pintu pun berbunyi,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram, pagi tadi.

Dalam keadaan kelam kabut, pemilik nama sebenar Nur Heliza Helmi, 37, itu sempat mendapatkan makluman daripada pengurusan hotel.

“Perkara pertama yang saya capai adalah jubah untuk tutup aurat dengan sempurna sebab kita tak tahu apa yang berlaku.

“Hubungi pihak hotel, mereka kata ada gempa bumi. Selepas beberapa minit buat carian di internet, sahih gempa bumi,” katanya lagi.

Pada masa sama, pelantun lagu Ayat Cinta Dari Tuhan itu meminta orang ramai turut mendoakan keadaan di sana kembali seperti sedia kala.

“Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Pemergian Heliza ke wilayah tenggara Pulau Kalimantan itu ditemani suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Selain kesan gegaran Kalimantan Selatan, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean Seismological Centre (EMSC) melaporkan gempa bumi kuat berukuran 7 pada skala Richter melanda kawasan laut dalam ke utara pulau Bali dan Lombok.

Pusat gegaran ialah 203 kilometer (km) ke utara Mataram, Indonesia, dan sangat dalam iaitu 516km di bawah permukaan bumi, namun

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) menyatakan tiada laporan kerosakan diterima setakat ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI