fbpx

Ekspresi romantik feminin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pentas peragaan kini diserikan dengan rekaan berelemen feminin.

Aura romantik, nostalgia dan gemilang dapat kita lihat melingkari banyak koleksi musim bunga/ panas 2023 jenama antarabangsa.

Para pereka menggunakan renda (lace), ropol (ruffles), ilusi telus (transparent) serta siluet yang lembut dan ringkas hasil daripada penggunaan fabrik ringan, jarang serta berlapis-lapis seperti sutera sifon, net (tulle) dan organza.

Trend rekaan pakaian gaya romantik ini sesuai untuk semua wanita, cukup bersahaja, manis dan feminin digayakan siang dan malam.

Ikuti informasi-informasi berkisar penampilan romantik dan feminin ini.

 

Rona lembut
Gaya romantik musim ini didatangkan dalam rona lembut serta rekaan yang sopan, glamor dan mengekalkan siluet penuh kewanitaan (ladylike).

Gaya ini diperindahkan dengan elemen rekaan seperti kolar tinggi (high collar), potongan lengan gelembung (billowy sleeves), peplum, reben, bow, skirt/ gaun yang labuh hingga lantai, bulu marabou serta tekstur perincian manik/ jemeki rumit yang digabungkan dengan sentuhan kontemporari.

Kesederhanaan
Apabila bereksperimentasi dengan gaya estetik feminin dan romantik ini, kuncinya adalah kesederhanaan (moderation).

Sama ada gaun, jaket, blaus atau skirt anda hanya perlukan satu sahaja statement piece atau reka corak untuk impak maksimum. Jika berani mencuba, gayakan kombinasi blaus dan skirt inspirasi gaya romantik untuk kelainan.

Jika anda tidak gemar memakai gaun, pilihlah pleated maxi skirt untuk penampilan yang cukup bergaya.

Renda
Pilihlah renda dalam rona neutral untuk gaya sofistikated. Untuk gaya santai padankan blaus renda dengan skinny jeans kelabu.

Lengkapkan gaya anda dengan sandal bertali (lace-up) dan cincin unik. Renda dalam reka corak polka dot, paisley dan bunga ditsy semuanya indah digayakan.

Corak
Rekaan blaus/ top/ gaun dengan ropol pada bahagian bahu yang terbuka (shoulder-baring) cukup memikat sesiapa yang melihatnya.

Tambah anting-anting pom untuk kelihatan lebih ceria. Pakaian dengan reka corak flora cukup popular pada musim ini.

Pilih gaya rekaan blaus/top yang minimal dalam reka corak ini. Padankan dengan seluar dan sniker untuk gaya jalanan yang edgy, hip dan cool.

Imbangi perincian
Perincian kristal, manik, labuci dan tassels cukup menyerlah di pentas peragaan musim ini. Namun begitu perlu diingat, perincian yang keterlaluan boleh menyilau pandangan, oleh itu kita perlu bijak untuk mengimbanginya dengan rona neutral dan siluet kontemporari yang kemas.

Cuba gayakan slip-ons dengan tatahan jemeki dipadankan seluar cullotes, crop top/ jaket dan purse dalam rona zamrud gelap untuk lebih stylish.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI