fbpx

Dua nelayan warga Indonesia didakwa seludup 38 migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA nelayan warga Indonesia, Aeru Azhari (dua dari kiri) dan Zulkifli (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas pertuduhan menyeludup 38 migran di perairan laut Sungai Tiang, Rungkup, tiga minggu lalu.

TELUK INTAN – Dua nelayan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 38 migran di perairan laut Sungai Tiang, Rungkup, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Aeru Azhari, 30, dan Zulkifli, 43, didakwa secara bersama dengan seorang lagi yang masih bebas melakukan penyeludupan 38 migran warga Indonesia berusia 21 hingga 47 tahun.

Kesalahan tersebut dilakukan di beting perairan laut Sungai Tiang dalam daerah Hilir Perak pada pukul 8.30 pagi, 10 Ogos 2023.

Pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mahkamah menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan izin untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI